Posts

Showing posts from June, 2017
ASSALAMMUALIKUM buat kaum keluarga, para sahabat dan buat mereka yang mengenali diri ini.Saya mendoakan kalian sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan berada dalam keredhaan allah. Segala puji dan syukur buat tuhan yang maha esa dan yang telah memberikan kesempatan buat diri ini peluang untuk menjadi salah seorang peserta da'i musim ke 5. Padanya segala harapan dipinta kerana hanya dialah yang maha berkuasa yang menguasai kerajaan dunia dan akhirat. Selawat dan salam keatas Baginda Nabi SAW yang kita semua cinta dan rindui serta diharap agar diakhirat sana kita sebagai ummatnya dapat bertemu dengan Baginda Nabi SAW agar mendapat syafaat daripada baginda. Terima Kasih Diucapkan Buat Seluruh Ahli Keluarga,Saudara Mara Dan Sahabat Semua Yang Banyak Memberikan Sokongan Dan Dorongan Tanpa Mengenal Erti Penat Dan Lelah. Dikhususkan Buat Ibunda Dan Ayahanda Yang Disayangi Kerana Tidak Putus-Putus Memberikan Sokongan Yang Tidak Berbelah Bahagi Buat Saya. Terlalu banyak pengo...

BAYAN LINNAS SIRI 63: MASJID & KANAK-KANAK

Image
BAYAN LINNAS Ditulis oleh  Admin PMWP Diterbitkan: 10 Jun 2016 Alhamdulillah mutakhir ini, dengan kedatangan bulan Ramadhan menjadikan ramai masyarakat Islam datang ke masjid membawa anak-anak mereka bersama-sama untuk memeriahkan serta mengimarahkan masjid dengan solat tarawih, iftar, serta menunaikan solat fardhu. Dalam kemeriahan itu, timbul pula persoalan bagaimana dengan kedudukan kanak-kanak di sisi masjid. Adakah mereka boleh di bawa bersama ke masjid? Bagaimana pula dengan kedudukan saf kanak-kanak? Bagaimana cara ingin menegur kanak-kanak yang membuat bising di masjid? Persoalan ini ada pro dan kontranya. Maka Bayan Linnas pada kali ini cuba untuk memberikan kefahaman dengan sebaik mungkin menurut neraca Islam yang sebenar. Takrif Masjid Dari segi bahasanya  masjid bermaksud tempat untuk sujud. Ianya merupakan  isim makan  (kata nama tempat) di dalam Bahasa Arab yang mana berasal dari perkataan  sajada  yang bermaksud suj...

BIODATA HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID

Image
Biodata Habib Ali Zaenal Abidin (Darul Murtadza) Nama penuh / Nasab: Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid:- 1974 – 1992 Dilahirkan pada hari Jum'at, 12 April 1974, selepas solat Jum'at di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Habib Ali anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Habib Ali dari keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga pondok pesantren Sewaktu membesar, Habib Ali berguru dengan: 1. Ustadz Hasan Baharom 2. Ustadz Soleh Bal As'ad 3. Ustadz Abdul Hamid 4. Ustadz Soleh Bin Agil 5. Ustadz Ahmad Barakwan 6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar dan banyak lagi para asatizah. Al Habib Ali Zaenal Abidin  Bin Abu Bakar Al Hamid berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama. 1993 – 1995 Pada usia 21...

MAKSIAT MENGERASKAN HATI

Image
‘Tunaikan apa yang sudah dijanjikan, sesungguhnya perjanjian itu akan disoal oleh Allah SWT.’ ‘Disebabkan oleh pelanggaran mereka terha dap janji yang mereka ambil daripada Allah, Kami laknat mereka, Kami jadikan hati-hati mereka menjadi keras.’ Sudahlah laknat itu menjadi perkara yang begitu dahsyat, begitu buruk yang mana didapat oleh seseorang , lebih daripada itu hati orang yang dilaknat dijadikan keras oleh Allah SWT. Apa maksudnya hati keras? Hati yang keras ini hati yang kalau nampak kepada kebenaran bukan hanya tidak menerima, tapi melawan kepada kebenaran. Itu hati yang keras. Kalau seseorang itu menolak kebenaran itu adalah sikap yang buruk tetapi melawan kepada kebenaran, itu adalah sikap yang lebih buruk. Demikian Allah SWT menggambarkan tentang hati yang keras. Kata seorang sohibus zibat mengatakan, ‘Seseorang yang jauh daripada rahmat Allah adalah seseorang yang mempunyai hati yang keras.’ ‘Kemudian hati mereka menjadi keras’ mereka yakni Yahudi. Kerasnya hati m...

KATA-KATA IMAM AS-SYAFI'I

Image
Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie) Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii) Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.(Imam Syafii) Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam SyafiĆ­) Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie) Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie) "Pentingnya menyebarkan ilmu agama.(Imam syafie) Ilmu itu seperti air.Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk."(Imam syafie) "Doa di saat tahajud adalah umpama penah yang tepat mengenai sasaran."(Imam syafie) "Kamu ...

KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI

Image
Seorang lelaki yang berakhlak buruk menzalim dirinya sendiri. [Imam Ghazali] Carilah teman untuk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik baik tentang keselamatanmu dan kesejahteraannya. [imam al Ghazali] Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al Ghazali) Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. [imam al Ghazali] Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. (Imam Al Ghazali) Barangsiapa yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian y...

BIODATA DA'I MUHAMMAD

Image
Nama penuh saya adalah MUHAMMAD LUQMAN BIN ROSLAN. Saya mempunyai 3 adik beradik dan merupakan anak bongsu. Saya adalah cahaya mata daripada pasangan serasi ROSLAN BIN ABU ZARIM dan HANOLHAYA BINTI ISMAIL. Saya dibesarkan dalam kalangan keluarga yang sangat sederhana. Pada 23/5/1999 telah lahirlah seorang insan biasa di HOSPITAL ANGKATAN TENTERA LUMUT, PERAK. Permata ini diberikan nama MUHAMMAD LUQMAN, asbab nama ini menjadi pilihan si ummi dan ayah adalah kerana si ibu seringkali membacakan SURAH LUQMAN sewaktu beliau sedang sarat mengandungkannya.  Gambar tersebut adalah sedikit imbasan kenangan saya ketika usia. Selama 3 tahun ummi mendidik penuh kasih sayang, mengajarkan akhlak dan mengasuh tanpa mengenal erti penat dan lelah. Selepas daripada usianya meningkat ke angka 4 tahun, ummi mendapat tawaran mengajar kembali di KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA). Saya juga turut dibawa bersama ummi ke kelas kerana si ayah juga tiada dirumah berakti kepada ...