MAKSIAT MENGERASKAN HATI


‘Tunaikan apa yang sudah dijanjikan, sesungguhnya perjanjian itu akan disoal oleh Allah SWT.’ ‘Disebabkan oleh pelanggaran mereka terhadap janji yang mereka ambil daripada Allah, Kami laknat mereka, Kami jadikan hati-hati mereka menjadi keras.’ Sudahlah laknat itu menjadi perkara yang begitu dahsyat, begitu buruk yang mana didapat oleh seseorang , lebih daripada itu hati orang yang dilaknat dijadikan keras oleh Allah SWT.
Apa maksudnya hati keras? Hati yang keras ini hati yang kalau nampak kepada kebenaran bukan hanya tidak menerima, tapi melawan kepada kebenaran. Itu hati yang keras. Kalau seseorang itu menolak kebenaran itu adalah sikap yang buruk tetapi melawan kepada kebenaran, itu adalah sikap yang lebih buruk. Demikian Allah SWT menggambarkan tentang hati yang keras.
Kata seorang sohibus zibat mengatakan, ‘Seseorang yang jauh daripada rahmat Allah adalah seseorang yang mempunyai hati yang keras.’ ‘Kemudian hati mereka menjadi keras’ mereka yakni Yahudi. Kerasnya hati mereka adalah macam batu atau lebih keras daripada batu. ‘Sehingga hati yang keras tadi itu macam batu atau lebih dahsyat daripada kerasnya batu.’ Apa sebab? Kerana batu itu sekeras itu juga terkadang batu boleh memancutkan air. Terkadang jatuh daripada atas gunung kerana punya rasa takut kepada Allah. Batu yang memancutkan air terkadang boleh jatuh dari atas walaupun mempunyai bentuk yang keras, besar dan kuat tapi masih punya rasa takut dan jatuh dari atas. Lalu manusia secara fizikal hati mereka kalau ditusuk dia akan lembut, tapi kerana sifatnya keras nampak kebenaran di hadapan mereka tetapi masih menolaknya.
Apa kebenaran yang dinampak? Mereka nampak orang mati dihidupkan oleh Nabi Musa, dan bercakap lepas itu mati lagi tetap tak mau terima. Apa lagi yang kurang jelas daripada orang yang mati kemudian dibangkitkan? Bukankah ini salah satu tanda kebesaran yang ditunjukkan oleh Allah SWT? Tetapi mereka menolak oleh kerana hati mereka yang keras. Hati yang keras tidak akan mungkin menerima kebenaran walaupun kebenaran itu sejelas matahari. Bila hati boleh menjadi keras? Kata Baginda Rasulullah SAW, ‘Hati ini akan diberi titik noda hitam setiap maksiat. Sebanyak maksiat yang dia buat akan menyebabkan hati itu menjadi keras dan gelap.’ Maksiat menjadikan kerasnya hati, demikian kata Baginda Rasulullah ‘kalau orang berbuat taat akan diberi titik noda berwarna putih.’

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID

BIODATA DA'I MUHAMMAD