BIODATA DA'I MUHAMMAD
Nama
penuh saya adalah MUHAMMAD LUQMAN BIN ROSLAN. Saya mempunyai 3
adik beradik dan merupakan anak bongsu. Saya adalah cahaya
mata daripada pasangan serasi ROSLAN BIN ABU ZARIM dan HANOLHAYA
BINTI ISMAIL. Saya dibesarkan dalam kalangan keluarga yang sangat
sederhana.
Pada
23/5/1999 telah lahirlah seorang insan biasa di HOSPITAL ANGKATAN
TENTERA LUMUT, PERAK. Permata ini diberikan nama MUHAMMAD LUQMAN,
asbab nama ini menjadi pilihan si ummi dan ayah adalah kerana si ibu
seringkali membacakan SURAH LUQMAN sewaktu beliau sedang sarat
mengandungkannya.
Selepas
daripada usianya meningkat ke angka 4 tahun, ummi mendapat tawaran
mengajar kembali di KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA). Saya juga turut dibawa bersama ummi ke kelas kerana si ayah juga tiada dirumah
berakti kepada negara dan agama sebagai seorang PEGAWAI TENTERA LAUT.
Selepas saya sudah menjangkau usia 5 tahun,saya telah dimasukkan ke dalam
TADIKA ISLAM TUN HUSEIN ONN. Walaupun pelbagai cabaran dihadapi ummi dan ayah namun mereka tetap dapat mendidik anak ini dengan baik. Pernah suatu ketika dimarahi kerana tak mau ke sekolah. Biasa la sudah lama dirumah tetiba saja mahu ke sekolah kan, tu yang jadi takut sikit ke sekolah.
Pada tahun 2006 - 2011 saya telah diberi didikan di SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA daripada darjah 1 sehingga selesai menamatkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dalam darjah 6. Diperingkat sekolah rendah saya seorang yang sangat pendiam. Tambahan pula ummi yang dikenali oleh rakan sekelas saya ustazah kerana ummi mengajar di sekolah agama. Namun perkara itu tidak menjadi batu penghalang untuk saya menunjukkan bakat yang terpendam dalam dirinya. Saya juga sering mengikuti pertandingan peringkat sekolah dalam pertandingan sajak, coral speking dan sebagainya.
![]() |
Gambar kenangan saya ke Indonesia pada usia 11 tahun. |
![]() |
Gambar Kenangan Ketika Melaungkan
Azan.
Mewakili KAFA Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Dalam Pertandingan Azan Peringkat Sekolah |
Ketika menjadi juara dalam pertandingan azan.
Lokasi: Dewan Utama Masjid Muad'z Bin Jabal
Berikut adalah gambar ketika mewakili Zon Keramat dalam pertandingan Azan pada Majlis Ihtifal Peringkat Zon bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam.
Selepas selesai menghabiskan sekolah diperingkat sekolah kebangsaan, Ummi berhasrat menghantar si anak ke sekolah tahfiz. Akhirnya cita-cita si ibu berjaya selepas anaknya berjaya diterima masuk ke
MAAHAD TAHFIZ DARUL FURQAN, KG PADANG BALANG SENTUL.
Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan ketika mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Kg Padang Balang.
Tamat pada usia 15 tahun disekolah tersebut, ummi berhasrat agar saya diberi didikan disekolah tahfiz yang mempunyai dua aliran iaitu akademik dan agama, Selepas berusaha mencari bertemu dengan sekolah
MAAHAD
MIFTAHIL JANNAH,
JALAN
MENTERI OFF JALAN COCHRANE.
Saya juga bersekolah menengah di
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YACOOB LATIF,
JALAN
PEEL.
Selepas
tamat pengajian di Maahad Miftahil Jannah dan tamat SPM di sekolah
menengah kini beliau berkhitmat dimaahad tersebut bagi membalas jasa
maahad yang telah banyak memberikan saya ilmu dan didikan akhlak
daripada pelbagai sumber.
sekian
sahaja, sedikit sebanyak latar belakang beliau..
Comments
Post a Comment